BUSINESS OPPORTUNITY MEETING
Saudara Yang Saya Hormati,
Satu soalan yang ingin saya bincangkan hari ini mengenai Seminar/Meeting. Memang kebanyakkan yang dengar mengenai perniagaan MLM lantas terlintas di fikiran mengenai kehadiran ke seminar pada waktu malam. Tidak di nafikan oleh saya, saya juga ada berfikiran sedemikian. Saya cuba memahami erti sebenar kehadiran di seminar/meeting mingguan, apabila setiap kali saya menghadiri meeting terdapat perkara yang baru saya pelajari walaupun agenda yang berlaku setiap kali seminar adalah sama, memahami latar belakang syarikat, mendengar perkongsian product, plan pemasaran dan diakhiri motivasi oleh orang yang mencapai tahap tertinggi.Yang penting adalah niat kita kenapa kita menghadiri ke seminar? adakah kerana takut kepada upline atau terpaksa hadir kerana suka-suka. Kalau kita sentiasa berfikiran sedemikian maka kita tidak akan berjaya dalam perniagaan MLM. Kerana ini adalah salah satu faktor kejayaan di dalam perniagaan ini.
Seumpama KLCC di bangunkan, sebelum di bangunkan KLCC beratus-ratus kali meeting diadakan untuk mendirikan bangunan berkembar tertinggi di Asia. Tak mungkin dengan meeting bangunan setinggi itu dapat disiapkan mengikut perancangannya. Sekiranya Impian kita setinggi KLCC maka kita WAJIB menuntut ilmu sebanyak mungkin. Sentiasa jangan jemu menuntut ilmu kerana di dalam hadis menyatakan "tuntutlah ilmu sehingga keliang lahat". Saya menyeru kalian yang ingin menceburi dalam perniagaan ini supaya melihat seminar/meeting adalah faktor utama kejayaan anda. Datanglah mempelajari Ilmu di dalam perniaggaan USANA.
Sekian,
No comments:
Post a Comment